Thursday, October 13, 2011

About Diamond Weights


Diamonds are measured in Carat Weight. One carat weighs 200 milligrams. If a diamond is referred to as four grains, this also means that it is a one carat diamond. The word Carat comes from the word carob. A carob is a bean that grows on a tree in the Mediterranean. In times past, if a diamond weighed the same as a carob bean, it was one carob, or one carat.

However, in the far east, where Carob trees do not grow, rice was used to measure the weight of a diamond. If a diamond weighed as much as four grains of rice, it was four grains – or one carat as we know it to be now. The majority of diamond purchases are for diamonds that are 1/3 of a carat.

Beware when shopping for diamonds that are already set or mounted. If more than one diamond is used in the piece, the tag on the jewelry will give the CTW or Carat Total Weight – it does not tell you the carat weight of each stone in the piece. You need to ask the jeweler for the total carat weight of the largest diamond in the piece to truly understand what you are buying.

Wednesday, June 15, 2011

Bantu Sambil Membaca

Khazanah Purba memang dah lama tak update. Bukan kerana tak ada bahan, tapi dah lama tak ada kat tanah air. http://www.blogger.com/img/blank.gif

Baru aje jejak kaki ke tanah air, terbaca kat blog member tengah kumpul dana kos rawatan jantungnya.

Sebagai sahabat yang setia dan dah lama tak bertepuk tampar dengan dia, biarlah aku tolong sama membantu promosi e-novel dalam dapat duit untuk berubat.

Patutnya dalam hal gini, pihak kerajaan kena ada satu badan menjaga selia karyawan-karyawan yang landa masalah kewangan dalam perubatan.

Ini asyik-asyik perabis duit ke tempat yang tak berfaedah.

Jadi aku seru semua kawan2 mari beli -e-novel 'Bara Esplanade'. Kata orang kita menderma sambil membaca.

Friday, October 29, 2010

Perigi Lama Tersimpan Khazanah


Tiga buah perigi lama berhampiran kawasan Mezium Jugra, dipercayai tersimpan khazanah purba yang ditinggalkan semasa zaman penjajahan Inggeris. Khazanah ini mungkin boleh dikaitkan dengan zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah Selangor dari tahun 1895 hingga 1898.

Justeru Perbadanan Adat Warisan Melayu Negeri Selangor (PADAT) yang sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Mezium Selangor, telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kerja-kerja ekskavasi (cari gali) bagi mengesan khazanah berkenaan.

Pembantu Mezium Kanan PSDAT, Asruddin Selamat memberitahu, projek ekskavasi ini sebenarnya sudah bermula pada tahun 2003 dan kini di fasa ke-5, melibatkan 10 staf PADAT.

Pihaknya menemui perigi di sekitar tapak ini yang dipercayai digunakan sebagai sumber air pada masa dahulu. Selain penemuan perigi, pihaknya juga menemui beberapa antifak sejarah seperti serpihan seramik, tembikar, porselin dan logam, termasuk duit syiling lama.

Setakat ini mereka sudah menjumpai pelbagai barangan seramik yang dipercayai dari Belanda. Selain itu dijumpai juga seramik dari negara China yang tertanam di dalam tanah.

Di kawasan tapak ini juga dipercayai terdapatnya runtuhan bangunan berdasarkan jumpaan sebahagian kecil tembok atau dinding batu yang masih elok semasa kerja-kerja cari gali dijalankan. Selain itu mereka juga menjumpaan beberapa khazanah lain yang tidak ternilai harganya.

Monday, July 19, 2010

Emas Logam Matahari



Barangkali di dunia hari ini, manusia lebih banyak memperkatakan tentang emas jika dibandingkan dengan masa-masa lampau. Ini kerana, emas telah menjadi asas mata wang dunia yang paling kontroversial dan mempunyai banyak kisah-kisah menarik di belakangnya.

Emas telah menawan hati manusia sejak mula ia ditemui. Dari sejarah, kita tidak pernah dinyatakan bagaimana dan bila logam berharga ini ditemui.

Orang-orang asli Indian di Mexico menggelarkan emas sebagai Logam Matahari kerana mereka menyembah matahari dan emas sebagai logam mulia yang melambangkan matahari yang mereka sembah.

Orang-orang Indian Purba yang mendiami Amerika Selatan dan Amerika Tengah dianggap sebagai antara kelompok manusia yang terawal menemui emas. Kenyataan ini berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Francisco Pizarro dalam tahun 1534 yang telah bertemu dengan salah sebuah Istana Matahari di Peru.

Munurut Pizarro, di dalam taman itu terdapat empat buah patung binatang (dari jenis berbulu lebat) yang sangat besar dan sepuluh patung wanita (berukuran manusia) yang mengelilingi sebuah pancuran air.

Semua patung tersebut diperbuat daripada emas yang padat dan bukannya saduran. Tetapi malangnya semua patung-patung emas ini telah dicuri, dipotong kecil dan dibawa ke Sepanyol atau juga mungkin tenggelam di dasar laut akibat kapal yang membawanya karam dipukul ribut.

Sebuah taman lagi telah ditemui di dalam kuil matahari yang lain. Taman ini dihampari dengan 'tanah emas' yang terdiri daripada ketul dan debu-debu emas. Dari 'bumi emas' ini tumbuh pula pokok-pokok jagung dari berbagai jenis.

Batang, daun, buah dan segalanya adalah diperbuat daripada emas tulen yang padat. Di samping itu terdapat pula dua puluh ekor binatang bersama-sama anaknya dan seorang gembala. Semua ini diperbuat daripada emas padat.

Monday, January 5, 2009

Barang Purba

Khazanah barang-barang purba adalah sesuatu yang amat bernilai. Ia haruslah dijaga dan disimpan dengan baik demi tontonan generasi akan datang.

Barang-barang purba juga amat sukar diperolehi sekarang. Amat sayang sekali barang-barang purba negera kita kita telah banyak dibawa keluar negara dan tersimpan di mezium luar negara.

Sekiranya kita tidak jaga barang-barang itu, maka akan banyak lagi lupus atau diseludup ke luar negara.