Friday, October 29, 2010

Perigi Lama Tersimpan Khazanah


Tiga buah perigi lama berhampiran kawasan Mezium Jugra, dipercayai tersimpan khazanah purba yang ditinggalkan semasa zaman penjajahan Inggeris. Khazanah ini mungkin boleh dikaitkan dengan zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah Selangor dari tahun 1895 hingga 1898.

Justeru Perbadanan Adat Warisan Melayu Negeri Selangor (PADAT) yang sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Mezium Selangor, telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kerja-kerja ekskavasi (cari gali) bagi mengesan khazanah berkenaan.

Pembantu Mezium Kanan PSDAT, Asruddin Selamat memberitahu, projek ekskavasi ini sebenarnya sudah bermula pada tahun 2003 dan kini di fasa ke-5, melibatkan 10 staf PADAT.

Pihaknya menemui perigi di sekitar tapak ini yang dipercayai digunakan sebagai sumber air pada masa dahulu. Selain penemuan perigi, pihaknya juga menemui beberapa antifak sejarah seperti serpihan seramik, tembikar, porselin dan logam, termasuk duit syiling lama.

Setakat ini mereka sudah menjumpai pelbagai barangan seramik yang dipercayai dari Belanda. Selain itu dijumpai juga seramik dari negara China yang tertanam di dalam tanah.

Di kawasan tapak ini juga dipercayai terdapatnya runtuhan bangunan berdasarkan jumpaan sebahagian kecil tembok atau dinding batu yang masih elok semasa kerja-kerja cari gali dijalankan. Selain itu mereka juga menjumpaan beberapa khazanah lain yang tidak ternilai harganya.